Jentera Pilihanraya Sudah Bergerak!!
12 July, 1999 – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri Perak sudah menggerakkan jentera pilihanrayanya hari ini. Tindakan mendaftar Ketua Tempat Mengundi, Kerani Mengundi dan sebagainya sudah dimulakan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.
Demikian menurut satu pekeliling SPR yang ditandatangani oleh Mohd Najri bin Abdul Hamid selaku Pengurus Pilihanraya bagi Parlimen Tambun P.060. Pekeliling tersebut mempelawa kakitangan Kerajaan yang berminat untuk menyertai kerja sambilan selaku kakitangan SPR.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa tarikh pilihanraya amat hampir. Rakyat hanya menunggu masa untuk menumbangkan UMNO. Hendaknya pilihanraya kali ini terbersih dan telus, bukan seperti dakwaan Mahathir sebagai yang ‘terkotor’ dalam sejarah pilihanraya negara.~MR