UMNO Tutup 'Pusat Minda'
12 July, 1999 - Sebagai membuktikan bahawa UMNOlah yang seringkali dilihat bertindak menjadi 'pemecahbelah' masyarakat, sebuah pusat yang mengendalikan urusan kelas bimbingan, forum perdana, perpustakaan atau kelas tambahan, ditutup pada 1 Julai lalu, setelah beroperasi sekian lama.
Pusat Minda adalah terletak di bawah YPEIM, secara kebetulannya Ketua Pengarahnya adalah anak Lenggong jati. Sebagai inisiatif membantu perkembangan pelajaran anak-anak tempatan, maka Pusat Minda telah ditubuhkan di Lenggong, Perak.
Oleh kerana bimbangkan pengaruh Hj. Malik selaku Ketua Pengarah YPEIM di daerah Lenggong, yakni di bawah Kawasan Parlimen Chenderoh, maka surat layang dan fitnah dibuat ke atas diri beliau, bahawa Pusat Minda menjadi alat untuk meluaskan pengaruhnya.
Bukti yang dimajukan oleh UMNO Kawasan Chenderoh ialah 2 orang kakitangan Pusat Minda tersebut sudah pun menyertai PKN. Sehubungan dengan itu UMNO bertindak mendapatkan kuasa 'tertentu' bagi menutup Pusat Minda yang 'kununnya' pada pendapat mereka boleh menghapuskan pengaruh Hj. Malik.
Inilah antara ciri-ciri yang membawa perpecahan dalam masyarakat anjuran UMNO. Perkara ini didedahkan oleh bekas Senator Hamzah Mohd Zain, yang kini sudah menyertai PKN.~MR