Rakyat Perlu Satu Petunjuk Penilaian
12 July, 1999 - Rakyat seharusnya bijak dalam menilai sesuatu, samada ia baik atau buruk. Tetapi satu 'petanda' (indicator) yang digunakan mestilah terlebih dahulu dipastikan, bagaimanakah sesuatu itu mahu diukur buruk baiknya. Sebagai seorang Islam, maka sudah pasti Al-Quran menjadi kayu pengukur, samada sesuatu itu benar dianggap baik dan ia boleh diterima, atau sebalik rosak binasa dan perlu ditolak.
"Dalam semua urusan kehidupan petunjuk ini diperlukan,"kata bekas Senator Hamzah Mohd Zain. "Kita perlu muhasabah diri untuk menilai sesuatu pengadilan, atau tindak tanduk atau siasah"
Menurut Hamzah, angin perubahan yang melanda negara membuktikan bahawa rakyat sudah ada petunjuk masing-masing yang menilai suasana politik negara. Hasilnya, rakyat sudah mengenalpasti bahawa UMNO perlu dihapuskan, katanya lagi.
Kini rakyat tidak boleh disogokkan seperti dahulu kerana mereka sudah cerdik dan mahu menilai sesuatu itu. Bukti jelas angin perubahan itu ialah apabila setiap kali beliau berceramah, kehadiran rakyat amat membanggakan sekali, katanya.~MR