Unit Perang Saraf UMNO
12 July, 1999 - Semasa berceramah di hadapan penduduk Kg. Bahagia, Sg. Siput malam tadi, bekas senator Hamzah Mohd Zain, mendedahkan bahawa menjelang setiap kali pilihanraya umum negara, UMNO akan melancarkan perang sarafnya sehari atau dua sebelum pilihanraya diadakan.
Dalam aktiviti itu, pada kebiasaannya rakyat diajak bersyukur menimati nikmat pembangunan dan kehidupan yang dilalui. Jadi wajarkah kerajaan itu ditukarkan? Rakyat juga seringkali diingatkan betapa susah dan deritanya hidup di zaman penjajahan seperti Jepun menawan Tanah Melayu. Rakyat akan diingatkan akan kembali hidup susah, walaupun untuk sesuap rezeki, jika kerajaan itu selain BN.
Perang saraf yang dilancarkan itu juga akan membawa propaganda bahawa huru hara akan berlaku dan rakyat akan hidup di zaman 'perintah berkurung'. Semua agenda menakut-nakutkan rakyat ini adalah perang psikologi atau perang saraf yang dijalankan oleh UMNO sebagai ikhtiar terakhir memancing undi rakyat.
Perkara ini didedahkan oleh bekas senator Hamzah Mohd Zain. Menurutnya beliau seringkali menjadi ketua operasi ini di masa lalu semasa beliau bersama UMNO.~MR