UMNO Semakin Menderita!!
12 July, 1999 - Walaupun UMNO memperbesarkan kelemahan PAS dan setiap hari dengan agendanya memburuk-burukkan parti Islam itu melalui media perdananya samada TV3, NTV7, TV1 dan TV2 serta Utusan Malaysia, namun rakyat semakin kerap dan bilangan yang hadir dalam siri ceramah PAS khususnya tetap tidak kurang, malahan semakin banyak yang memohon sebagai ahli.
Sebagai contoh, dalam Parlimen Sg. Siput yang diterajui oleh Datuk Samy Vellu, ceramah parti alternatif (anjuran PAS & PKN) berjaya menarik tidak kurang 3,000 orang pengunjung di Kg. Bahagia, malam tadi.
Apa yang lebih membanggakan, kaum India dan kaum Cina tidak mahu ketinggalan mendengar setiap penceramah undangan, malahan akan tetap mendengar hingga ke saat akhir majlis. Bilangan kaum India sahaja tidak kurang 300 orang dan menurut tinjauan mereka sedia untuk menumbangkan Datuk Samy Vellu.
Jika kaum India dan Cina sedia menyertai PKN, bagaimana pula kita sebagai orang Melayu? Alangkah malunya jika saat ini saya masih UMNO, dan belum sedar tentang pembohongan Mahathir dan kezaliman Kerajaan UMNO.
HAPUSKAN KEZALIMAN, TEGAKKAN KEADILAN
Polong Cyber