Komando UMNO Ganggu Perjalanan Ceramah?
12 July , 1999 – Tindakan beberapa orang pemuda yang mengganngu majlis perjumpaan imam, bilal dan guru-guru ugama daerah Kerian pada hari Jumaat, 9 Julai lalu berkemungkinana adalah datangnya dari Unit Komando UMNO.
Majlis yang bermula jam 8:30 malam, anjuran Pemuda Islam, Taman Krian, Parit Buntar itu telah diadakan bertempat di Dewan Sri Krian - bersebelahan dengan Parit Buntar Inn. Kehadiran para imam, bilal dan guru ugama berkenaan amat memeranjatkan.
Pada mulanya dijangkakan kehadiran hanyalah disekitar 150 orang. Tetapi akhirnya pengunjung yang datang melebihi dari 300 orang. Dato Hassan Ali selaku fasilitator telah memberikan ceramah yang amat mantap dan berkesan selama lebih dari satu jam. Beliau antara lain mengingatkan semua yang hadirin, tanggung jawab sebagai pendakwah dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Adalah dipercayai, majlis ini dimantau oleh Unit Komando UMNO yang mengintip di Serai Inn (Dewan Makan Parit Buntar Inn). Namun mengikut maklumat, perjalanan majlis tersebut sekadar untuk saling mengingatkan kepada yang hadir di dalam dewan akan tanggung jawab dan peranan terhadap Allah, Rasul dan Agama Islam.
Program ini berjaya dan menjadi satu lagi tamparan kepada UMNO (BN) Parit Buntar yang sedang kegawatan politik. Majlis tersebut berakhir pada jam 10:00 malam.
Pada waktu yang sama, satu ceramah perpaduan sedang berjalan di padang Taman Damai berdekatan dengan Hotel Damai. Pengunjung diceramah itu ditafsirkan seramai lebih dari 20,000 orang.~MR