Rakyat Tolak Dato’ Malek
12 July, 1999 – Kempen kebersihan anjuran Majlis Perbandaran Taiping berubah emosi apabila tetamu kehormat yang dijemput dalam satu majlis gotong royong pada Sabtu lepas (10 Julai) itu insan yang kini dibenci rakyat.
Majlis gotong royong ini pada mulanya dijangka akan disertai oleh sekurang-kurangnya 1,000 orang tetamu termasuk VIP tempatan, para peniaga dan orang persaorangan. MPT juga mengeluarkan arahan supaya semua gerai dan warong ditutup, supaya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti gotong royong kebersihan itu. Disamping itu makan minum disediakan secara percuma yang dibayai oleh MPT.
Sebaik sahaja mengetahui tetamu kehormat yang hadir ialah Dato’ Malek bin Hanafiah, ADUN Kamunting yang juga EXCO Pendidikan Negeri Perak, majlis tersebut dipulaukan sehingga kehadirannya tidak sampai 300 orang pun.
Apa yang membangkitkan kemarahan rakyat juga pada hari tersebut, ialah tindakan MPT menurunkan bendera parti alternatif yang melambangkan ketidak demokratik. Tindakan ini menyinggung perasaan rakyat.
Ini adalah antara bukti bahawa UMNO kian dibenci dan sudah tidak relevan lagi. Walau pun majlis yang dianjurkan bukan majlis politik, mereka sudah ‘muak’ dengan tindakan yang tidak demokratik dan tidak relevan. Justeru itu, Haji Anwar selaku YDP Majlis Perbandaran Taiping harus lebih sensitif kehendak rakyat, bukan sekadar ‘membodek’ kerana kepentingan tertentu.~MR