Pesta Hip Hoop Cermin Budaya UMNO

12 July, 1999 – Suatu masa dahulu pesta seks pernah menggemparkan negara. Kini kejutan budaya sekali lagi berlaku apabila pesta hip hoop (jika tidak silap pengarang) mengisi ruang pesta seks yang didakwa keterlaluan.

Samada hip hoop atau pesta seks ia adalah sama iaitu mengajak muda mudi menjerumuskan diri ke kancah kemasiatan. Apa tidaknya kerana dalam majlis tersebut muda mudi di bawah umur (18 tahun ke bawah) bebas melakukan tarian, minum minuman keras, merokok berdansa dan berpelukan lelaki perempuan.

Anihnya perhimpunan sebegini diluluskan oleh kerajaan UMNO. Sedangkan majlis ugama seringkali dihimpit, ditekan dan jika boleh dihapuskan. Di antara majlis ceramah ugama dengan majlis hip hoop, tentu UMNO lebih menyanjungi majlis muda mudi itu.

Inilah bukti jelas kepada rakyat bahawa kerajaan BN tidak memperjuangkan ugama. Malahan apabila PAS ingin membentangkan rang undang-undang murtad ia telah dipolitikkan oleh PM Mahathir sendiri serta kuncu-kuncunya.

UMNO dalam sedar tidak sedar telah menjayakan proses kemurtadan rakyat yang berugama Islam. Kerana pemahaman yang diberikan kepada rakyat serta sogokkan kepada muda mudi ialah keseronokan. Maka berbagai pesta seks dan tidak seks boleh dilakukan. Begitu pula dengan penyingkiran mufti Selangor, Datuk Ishak Baharum kerana beliau mempertahankan maruah Islam.

Bagaimana UMNO hendak menafikan bahawa parti itu berjuang menegakkan Islam di negara ini, sedangkan dalam masa yang sama UMNO menganjur maksiat, kedai TOTO, nombor ekor, pusat urut dan khidmat seks. UMNO adalah parti pembohong rakyat. Umat Islam perlu menyelamatkan negara ini dari bala Allah kerana nila setitik berkemungkinan habis susu sebelanga!~MR