UMNO Perak Anjur Perhimpunan Mega
13 July, 1999 – Maklumat diterima bahawa satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan mengenai satu perhimpunan MEGA yang bakal diadakan di negeri Perak pada 2 Ogos, 1999.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Mazidah Zakaria pagi ini menetapkan bahawa seramai 50,000 orang akan dikumpulkan bagi mendengar ucapan PM Mahathir Mohamad di Stadium Perak, Ipoh pada sebelah malam 2 Ogos, 1999.
Pada keesokan harinya pula PM Mahathir dijangka akan mendirikan batu asas bagi pembinaan rumah kos rendah yang di selenggarakan oleh PKNP dan Emkay Bhd.~MR