Perhimpunan MEGA Di Ipoh
13 July, 1999 – Samada bercanggah atau tidak dengan Akta Stadium, UMNO berazam mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi mendengar amanat PM Mahathir pada 2 Ogos nanti.
Perhimpunan ini julung kalinya dibuat di negeri Perak setelah UMNO gagal mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil, pada awal 1999 lalu. Arahan akan dikeluarkan kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta supaya kakitangan mereka hadir dalam perhimpunan itu nanti.
UMNO yang kelihatan terdesak melakukan apa sahaj bagi memulihkan kembali pengaruhnya di kaca mata rakyat. Sesungguhnya ini adalah antara bukti bahawa UMNO gunakan jentera kerajaan dan kuasa yang ada secara ‘penyelewengan yang berterusan’ bagi mengekalkan kuasanya.~MR