PAS Dijangka Akan Himpunkan Ahli
13 July, 1999 – Ekoran dari perhimpunan MEGA anjuran UMNO Perak pada 2 Ogos, 1999 nanti, adalah dipercayai bahawa PAS akan mengumumkan satu perhimpunan yang lebih besar melibatkan kehadiran lebih 200,000 orang.
Ini adalah reaksi pertama dari AJK PAS Negeri ini, setelah UMNO diberikan kemudahan berhimpun oleh pihak pengurusan Stadium Perak pada 2 Ogos nanti. Walaupun Stadium Perak hanya boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang, satu analisa dan kajian akan dibuat bagi membolehkan seramai 200,000 orang berhimpun ditempat yang sama.
Ini telah dilakukan oleh PAS Negeri Kelantan yang berjaya menghimpunkan lebih 150,000 orang di Kota Bharu beberapa bulan lalu. Pihak PAS Negeri dipercayai akan membincangkan hal ini dalam waktu terdekat dan pengumummannya nanti dijangka akan dibuat oleh Presiden PAS sendiri, iaitu Dato’ Hj. Padzil Noor.
Dalam keterangannya AJK PAS tersebut berjanji akan membawa perkara ini ke pengetahuan semua AJK peringkat negeri dan membincangkan bagaimana perhimpunan yang sama boleh dilakukan oleh PAS sebagai menghadapi suasana politik yang semakin matang menjelang pilihanraya.~MR