Kedengkian UMNO Jelas Di Mata Rakyat

14 July, 1999 - Kedengkian UMNO amat ketara dan jelas di mata rakyat apabila media perdananya terutama TV3 terus memprovokasi tentang wujudnya PAS Baru. Isu ini tidak mendapat minat langsung oleh pimpinan PAS dan beberapa pemimpin PAS peringkat negeri dan kawasan menyifatkan 'momokkan UMNO' tentang kewujudan PAS baru lahir dari hati pemimpinnya yang busuk lagi membusukkan.

Perkara ini dipersetujui oleh para pemerhati politik tempatan yang menyedari bahawa UMNO telah kehabisan modal lalu, menyerang dari dalam barisan alternatif, seolah-olah wujudnya perpecahan dalam PAS. Begitu juga tohmahan UMNO dengan parti-parti alternatif yang lain seperti DAP. Anihnya, UMNO masih dapat bertahan dengan Keadilan yang disifatkan mereka tidak begitu berbisa.

Pemimpin PAS peringkat negeri ini enggan memberikan komen mereka terhadap isu PAS baru kerana ia 'tidak masuk akal' langsung. Pemerhati politik pula berkata UMNO akan sentiasa berusaha mencari 'taktik' baru untuk mempengaruhi rakyat melalui media perdananya menjelang pilihanraya sedikit masa lagi.

Hakikat sokongan rakyat terhadap Barisan Alternatif sudah tidah dapat disangkal lagi, hingga UMNO menghadapi krisis sokongan yang mendadak. Pelbagai isu yang diwujudkan oleh UMNO dalam menghadapi kegawatan sokongan rakyat terutama di kelas menengah yang terdedah dengan internet, tidak mendapat simpati rakyat malahan mereka mencemuh tindakan para pemimpin yang bersifat tidak 'gentleman', pengecut dan dayus!~MR