Rakyat Tuntut Kerajaan Bertindak!!
15 Julai, 1999 – Lebih 300 orang kaum Cina berkumpul di hadapan Bangunan Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukti Gantang, Ipoh, pagi ini. Mereka membawa sepanduk dan poster yang meminta kerajaan bertindak menangani isu tanah jerlus, di Bukit Merah.
Kerajaan negeri bersikap dingin terhadap isu tanah jerlus dan kenyataan Tan Sri Ramli Marcos bulan lalu, menyifatkannya sebagai kejadian ‘biasa’. Namun keseriusan masalah itu tidak dipandang oleh kerajaan sebagai masalah rakyat.
Ini adalah antara bukti bahawa kerajaan BN bersifat zalim dan tidak membela nasib rakyat. Para demontrasi hari ini berazam akan memilih alternatif, sekiranya nasib mereka terus dipinggirkan.~MR