Bukti Fakta Palsu
15 Julai, 1999 – Media Perdana TV3 malam tadi menyiarkan berita ‘Majlis Mengapa Kami DiPecat’ secara besar-besaran. Nampaknya TV3 membuat liputan yang meluas, meskipun tidak mendapat tempat untuk membuat liputan rasmi program PAS yang lain. Kehadiran yang dihebahkan oleh TV3 ialah seramai 5,000 orang.
Manakala media perdana yang lain iaitu Utusan Malaysia pula menyiarkan berita yang sama dalam versi yang berlainan. Jumlah kehadiran yang dicatatkan pula ialah 3,000 orang. Sesiapa yang berpeluang menonton TV3 semalam, boleh menyaksikan bahawa tiada gambar kehadiran penyokong PAS yang dibuat secara menyeluruh. Ini membuktikan kehadiran mereka tidaklah begitu ramai.
Menurut maklumat yang diketahui, jumlah kehadiran sebenarnya tidak sampai pun seribu orang dan mereka semuanya ditaja dan dipaksa. Melalui gambaran TV3 sendiri, mereka tidak serius gelak ketawa ada yang berbual dan difokuskan ucapan pemimpin cawangan silih berganti.
Inilah peranan media perdana yang penuh dengan fitnah dan pembohongan. Kesempatan yang sedikit mereka jadikan isu yang amat besar.
Dato’ Hassan Ali yang berucap di hadapan lebih 30,000 orang di Parit Buntar semalam menyifatkan jika beliau sendiri sudah tidak menghormati kepimpinan dan keputusan parti, maka ada kemungkinan beliau akan turut dipecat. Ini adalah soal dalaman parti. Namun media perdana memberikan ruangan yang cukup luas bagi maksud memecahkan sokongan terhadap PAS. Sudah ternyata bahawa media perdana penuh kepalsuan!!~MR