Kasihan UMNO!!
16 Julai, 1999 – Meskipun dengan pengangkutan percuma sebanyak kira-kira 10 buah bas sekolah, majlis Forum Perdana tajaan UMNO Bahagian Tambun terus hambar dan menyaksikan krisis sokongan terhadap parti itu terus memuncak.
Majlis Forum Perdana bertemakan Perpaduan Ummah diadakan malam tadi di Taman Kledang, Selibin, Ipoh bermula jam 8.30 malam. Tiga orang panel dijemput termasuk Ustaz Badaruddin. Permulaan majlis menyaksikan ucapan oleh YB Hj. Husni Hanazlah, Ahli Parlimen Bahagian Tambun.
Meskipun ini merupakan majlis ugama, namun sambutan masyarakat terhadap majlis tajaan UMNO sudah hambar. Jika tidak kerana sepuluh buah bas berkenaan, majlis akan terus sepi dari kunjungan. Kira-kira 2,500 orang hadirin merupakan jumlah yang sudah cukup baik bagi UMNO dalam majlis sebesar itu.
Sebaliknya majlis anjuran parti Alternatif sebesar ini akan menyaksikan puluh ribuan kehadiran ahli masyarakat yang tidak pernah ditaja kedatangan mereka, malahan mereka pula yang sering menyumbangkan kehadiran, tenaga dan wang ringgit demi sebuah Jihad.
Kasihan UMNO!!!~MR