Isu Pemecatan AJK PAS Besut

Saya merasa terpanggil untuk memberikan pandangan dan pendapat saya setelah melihat media perdana kerajaan sering menggunakan walau pun sedikit ruang, untuk memomokkan PAS dan ‘kununnya’ PAS tidak mengamalkan keadilan.

Sebagai pejuang, kita mempunyai peraturan yang tertentu. Misalnya dalam satu peperangan, kita tidak boleh menembak musuh secara membabi buta. Mungkin kita akan tersalah sasar dan mencederakan atau membunuh rakan sendiri. Begitu juga dalam apa hal sekalipun kita terikat dengan peraturan-peraturan.

Sebagai parti Islam PAS sudah tentu mempunyai peraturan dalam perjuangannya menegakkan kalimah Allah dan hukum hudud di negara ini. Kita tidak boleh merasa sombong dengan jawatan yang dilantik, samada apa jawatan sekali pun.

Sebagai sebuah parti Islam tunggal di negara ini, PAS sudah tentu komited kepada perlembagaannya iaitu Al-Quran dan Hadis. Apabila terdapat pemimpin parti yang secara nyata sudah bercanggah dengan perlembagaan tersebut, mereka mesti sedia untuk berundur kerana ia sudah lari dari dasar dan peraturan perjuangan.

Dalam UMNO sendiri PM Mahathir memecat orang suruhannya dengan sewenang-wengangnya, apabila mendapati mereka sudah tidak komit kepada parti dan perjuangan mereka sudah lari. Hatta dalam apa-apa pertubuhan sekali pun, pemecatan dan penyingkiran ini satu perkara biasa.

Bagaimana pun TV3 mengambil ruang yang sedikit ini bertujuan memburuk-burukkan PAS. Mereka mesti ingat bahawa perbuatan mereka bukan sekadar memburuk-burukkan PAS. Ertinya mereka sedang meburuk-burukkan perjuangan Islam. Mereka sedang menyanggah peraturan Islam, peraturan Nabi dan peraturan Allah. Jika seorang atau dua yang dipecat nyata lari dari perjuangan atau dianggap sudah menyeleweng, maka adalah hak kepada pemimpin Islam untuk menyingkirkan mereka.

Ini bererti TV3 juga disingkirkan. Jadi tidak hairanlah mengapa CNN dipanggil untuk membuat liputan berita. CNN bukan kerajaan asing. Mereka hanya media asing. Sama macam NTV7 atau TV3 di Malaysia. Tiada apa bezanya.

Jika kita benar-benar mahu berfikir, manakah yang lebih berbahaya, samada mengundang media asing atau mengundang orang asing duduk dalam kerajaan sebagai penasihat kewangan? Atau penasihat MSC? Siapakah sebenarnya mengajak campurtangan asing?

Umat Islam negara ini jangan cepat melatah dan terkeliru. Jika PAS ‘membuang’ TV3 kerana mereka bersifat tidak adil dan berat sebelah dalam membuat liputan, maka rakyat seharusnya menolak TV3 dalam keadaan yang sama. Media perdana hari ini keterlaluan dan memprovokasi Barisan Alternatif.

Renungkan dan fikirkan mengapa isu pemecatan ini diperbesarkan. Ia sebenarnya hanya satu perkara yang biasa, dan bukan ‘kezaliman’ sebagaimana yang didakwa media perdana yang sebenarnya bersifat zalim!!

Polong cyber