Masih Ada Petronas Yang Belum Tukar Logo!
18 Julai, 1999 - Walaupun arahan menukar logo sudah dikuatkuasakan akhir bulan lalu, masih kedapatan syarikat yang enggan menukar logo petronas yang dipamirkan di kedai minyak masing-masing. Ini memberikan peluang kepada rakyat menikmati keindahan logo tersebut, yang sebenarnya cukup indah apabila diamati. Keindahan itu terserlah apabila lampu di dalamnya dinyalakan, dan sewajarnya ia menjadi fobia kepada puak-puak UMNO apabila memandangnya.
Jika anda tidak percaya, salah satu syarikat yang enggan menukarkan logo tersebut terletak dalam kawasan parlimen Sg. Siput (U). Ia tidak sampai pun 1 kilometer dari pejabat BN Sungai Siput. Jika selepas ini tuan punya syarikat berkenaan menukarkan logonya kepada yang baru, bererti ia telah diugut untuk berbuat demikian; samada oleh SB atau oleh Samy sendiri. Tidak hairanlah bahawa UMNO akan melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang diingini!~MR