Dari Kamar MR: Kasihan UMNO!!!
Menangani krisis sokongannya yang kian meruncing, UMNO menyusun pelbagai aktiviti dan strateginya yang tersendiri. Sebagai parti yang memerintah, UMNO dilihat menggunakan semua kuasa yang ada dan mampu mengembalikan semula sokongan dan maruahnya yang jatuh tersembam di mata masyarakat. Dalam hal ini segenap jentera, kakitangan, mata dan telinga UMNO, semuanya digerakkan.
Namun siri ceramah yang dianjurkan UMNO terus 'dipulaukan' hingga UMNO memilih media elektronik untuk menjelaskan kepada rakyat sumbangan baktinya agar dapat memulihkan keyakinan rakyat dengan agenda pembangunan yang dijalankan sekian lama.
Beberapa bulan lalu, sebanyak 100,000 poster "UMNO dulu, kini selamanya" sudah diedarkan di ke merata pelusuk cawangan UMNO melalui pergerakan pemudanya di negeri Perak. Namun yang mempamirkan poster itu hanya sekerat dua.
Sokongan kepada UMNO di kelas menengah masyarakat jelas merudum teruk. Kini UMNO mengalihkan pandangannya kepada kelas bawahan seperti rakyat berpendapatan rendah dan rakyat miskin luar bandar.
Menyelami krisis sokongan yang melanda UMNO ini pemerhati politik tempatan berkeyakinan bahawa UMNO boleh ditumbangkan melalui satu pilihanraya yang bersih, adil dan cekap. Pertandingan satu lawan satu lebih berpihak kepada Kerajaan Alternatif dan pastinya menggoyahkan UMNO.
Suasana perubahan nampaknya sudah diterima oleh masyarakat Malaysia di peringkat menengah dan kelas atasan. Kini ia terus menguasai golongan bawahan dengan inisatif dan daya usaha gerakan bersepadu pendakwah melalui siri ceramah mereka. Masyarakat kini melabelkan bahawa berdiri dalam UMNO hanyalah satu perbuatan yang menyebabkan mereka dipinggirkan.
Beberapa kawasan parlimen sudah dikenalpasti akan jatuh ketangan Kerajaan Alternatif, setelah mengalami "proses scanning" para pengundinya. Dalam forum perdana di Parit Buntar minggu lalu umpamanya, Dato' Dr. Hassan Ali secara terbuka meminta para hadirin yang dianggarkan melebihi 30,000 orang itu menyatakan pendirian mereka samada menyokong Kerajaan Alternatif dan beliau sendiri sebagai ahli Parlimen jika ditakdirkan bertanding. Komitmen masyarakat yang bukan sahaja dari kaum Melayu, malahan India dan Cina sebagai kaum utama masyarakat Malaysia, sudah cukup meyakinkan bahawa UMNO bakal ditumbangkan.
Insiden ini akan terus berpanjangan dan merebak dalam kawasan parlimen yang lain dalam negeri Perak. Rakyat kini sudah yakin dan lebih bersedia menghadapi pilihanraya yang bakal diumumkan pembubaran parlimennya oleh PM Mahathir.
Namun keputusan ini akan berubah jika sekiranya laungan PM itu beberapa bulan lalu, mengatakan bahawa pilihanraya kali ini akan menyaksikan taktik paling kotor dalam sejarah pilihanraya negara, menjadi kenyataan. Jika benar ini berlaku ianya pasti datang dari pihak pemerintah sendiri, hatta dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang nampaknya sudah terang-terangan duduk dalam kem UMNO.
Dalam sejarah manusia tiada satu kekebalan yang boleh menguasai sejarah dunia dan masa. Empayar paling gagah di dunia pun runtuh pada waktunya. Hitler manusia cerdik pintar dari kalangan penakluk dunia turut berkubur. Begitu pula dengan Namrud, Firaun dan dalam sejarah moden tercatat nama Napoleon, Julius Ceaser dan lain-lain, yang terdiri dari politician, sejarahwan dan negarawan mahupun ketua diktator negara.
'Takkan Melayu Hilang Di Dunia', sebenarnya hanya dokongan UMNO semata. Malahan, di sisi Allah yang kekal hanya Dia Yang Maha Berkuasa. Sebagai insan kamil dan manusia yang berpegang kepada ajaran Islam, kita menerima bahawa sesuatu itu sebagai takdir. Marilah kita umat Islam bersatu di bawah panji-panji Islam. Martabatkan kembali maruah dan imej Islam ke ganggangnya yang sewajar. Relakan UMNO berkubur pada waktu yang dijanjikan oleh Allah, biar pun di hati kita menyatakan simpati… kasihan UMNO!!
UNDILAH PAS!!
Minda Rakyat