UMNO Bahagian Anjur Konsert Di Perkuburan Islam!
18 Julai, 1999 - Ketua Bahagian UMNO Pasir Pinji, Dato' Yahya Shafie menganjurkan pesta ria dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, mulai semalam. Menurut maklumat yang diterima, pesta ria itu terletak di atas sebuah tanah lapang bekas lombong milik Ketua Bahagian UMNO itu, seluas beratus-ratus ekar dengan keindahan saujana mata memandang.
Artis yang diundang untuk menyerikan konsert dalam pesta ria tersebut di hari pelancarannya ialah Raja Azura, di samping artis tempatan lain yang belum ternama. Selain pertunjukan pentas, pesta ria itu diserikan dengan pelbagai jenis permainan termasuk yang berunsurkan judi. Kunjungan yang diterima memang menggalakkan dari penduduk tempatan dan sekitar.
Namun disebalik keseronokan itu tidak ramai yang menyedari hanya bersebelahan tapak pesta ria itu letaknya tanah perkuburan Islam Taman Desa Aman, Pengkalan Pegoh. Tanah perkubran Islam ini terletak di antara Stesyen 18 dan Sungai Kinta yang berjarak kira-kira 1.5 kilometer.
Seorang tokoh ugama yang terkenal di bandaraya Ipoh, yang namanya enggan disiarkan menyifatkan pesta ria ini bakal mengundang 'bala' Allah. Begitulah UMNO dengan pesta rianya. Menerusi media perdana semalam, 'kununnya' PAS tidak menghormati tanah perkuburan Cina kerana menggantungkan bendera atas pokok di kawasan sekitarnya, mereka lupa untuk menyiarkan berita mengenai konsert tajaan MBI dan UMNO Bahagian Pasir Pinji yang berada bersempadanan dengan tanah perkuburan Islam.
Begitulah apabila kejahilan menguasi diri. Sebenarnya amat menudah untuk menunding jari ke arah lawan, sedangkan buntut kita masih berbau …..SHIT!!!!~MR