Media Heret Rakyat Dalam Fitnah!

 

19 Julai, 1999 - Kegagalan media berdiri di atas prinsip keadilan dalam menyiarkan berita-beritanya cukup disedari oleh majoriti rakyat negara ini. Sebagai contoh, perkara yang memihak kepada faedah kerajaan BN yang memerintah, akan diberi liputan yang meluas, sedangkan dalam hal ini prinsip keadilan dan kebenaran di kebelakangkan.

 

Dalam kes pemecatan DSAI umpamanya, setiap hari media mengiyakan kata-kata PM Mahathir tentang bukti yang diperolehinya mengatakan DSAI terlibat dengan seks luar tabiee. Namun amat sedih di kalangan rakyat kerana sehingga hari ini, bukti tersebut masih belum boleh dibuktikan. Ini menunjukkan sikap media yang menyokong tanpa prinsip keadilan.

 

Sebaliknya tidak pernah disiarkan bagaimana luahan hati DSAI mengahdapi tuuuduhan tersebut. Bagaimana beliau mahu mempertahankan dirinya sekiranya media tidak berprinsip bahawa kebenaran akan diperolehi jika  kedua-dua belah pihak ditemuramah. Ini baru menjadi bukti prinsip keadilan didokong dan media hanya sebagai pelapor dan merupakan badan bebas.

 

Dalam kes pemecatan ahli jawatankuasa PAS Besut juga demikian. Hari demi hari media hanya menyogokkan perkara yang sama dan rintihan ahli yang dipecat. Mana prinsip keadilan media kerana gagal menemuramah Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku pimpinan PAS negeri Terengganu. Mana keadilan media?

 

Rakyat jangan mudah tertipu dengan putarbelit media. Media kini bukan satu badan bebas dan bertindak sebagai pelapor. Mereka hanya menjadi pemomok dan penyambung lidah kata jijik dan fitnah terhadap pihak yang berhadapan dengan kerajaan. Tidak pernah media bersikap adil dengan menilai kedua-dua pihak baru membuat keputusan atau penilaian terhadap sesuatu berita.

 

Jelas kepada kita bahawa media sebenarnya adalah talibarut BN dan yang amat pantang sekali mereka dicabar, mereka akan melatah berhari-hari dipentas rakyat. Media sungguh tidak tahu malu kerana rakyat yang membayar bil elektrik dan lesen TV, tetapi hidangan mereka hanya palsu dan fitnah. Masa depan media menjadi gelap akibat gara-gara pemimpin kerajaan. Seharusnya media berfikir, jika benarlah BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya umum nanti, apakah nasib mereka seterusnya?~MR