Kemana Perginya Tuanku Azlan?
19 Julai, 1999 - Sultan Azlan Shah yang memerintah negeri Perak Darul Ridzuan bersikap berkecuali sementelah politik negara tidak boleh menjadi agenda kehidupan baginda dan para sultan yang lain. Jika tidak kerana sultan tidak boleh berpolitik, maka kita akan menyaksikan kalangan para sultan akan turut dalam perjuangan reformasi.
Meskipun tidak boleh berpolitik, namun mengikut maklumat yang ada Baginda Tuanku Azlan turut mengikuti perkembangan politik negara. Namun bagi setiap majlis rasmi, baginda kan mewakilkan anakanda banginda Raja Nazrin Shah sebagai Raja Muda yang berkaliber. Maklumat yang diterima juga mengatakan bahawa baginda merestui Mufti Negeri Perak yang baru menggantikan Dato' Harussani Zakaria iaitu As Syeikh Mohd Noor Mansur Al-Hafiz.
Sikap baginda yang cinta kepada perjuangan Islam menyemarakkan hasrat rakyat meskipun tidak pernah baginda berbicara soal politik di kalangan rakyat. Cukuplah sekadar rakyat mengetahui bahawa baginda seorang yang berhemah tinggi dan cinta kepada perjuangan Islam.
Di kalangan para penganalisa politik tempatan, mereka berpendapat 'kehilangan' baginda ada kaitan dengan dengan soal restu kepada Tan Sri Ramli Marcos. Maka kerana itulah amat payah kini untuk rakyat menonton baginda duduk se majlis dengan MB Perak itu. Kerapkali majlis yang melibatkan bagiunda, maka Raja Muda sahaja akan diutuskan untuk mewakili baginda.
Demikianlah sikap seorang sultan yang dikagumi. Setelah mengetahui segala kepincangan dalam Kerajaan jajahan pemerintahannya, baginda enggan bersekongkol. Malahan maklumat yang diterima mengatakan bahawa baginda berazam menebus kembali 'kehilangan kuasa' yang dialami disebabkan kehilangan itu satu kesempatan bagi pihak yang lain menindas rakyat.
Sekiranya maklumat ini tidak begitu tepat, ampunkan patik tuanku!!~MR