Ibu DSAI Hadir Di Forum Perdana
19 Julai, 1999 – Majlis Forum Perdana yang diadakan pada 14 Julai 1999 lalu mengulang catatan sejarah tempatan apabila sekitar 25,000 orang hadir pada majlis tersebut. Antara para hadirin yang begitu ramai termasuklah bonda kepada DSAI bekas TPM yang dikasihi.
Kesemua ahli panel forum perdana tersebut berkesempatan bertemu bual dengan beliau sebaik saja majlis selesai untuk mengetahui perkembangan yang dilalui oleh DSAI. Walau bagaimana pun bonda DSAI nampak bersemangat waja meskipun tidak dapat menyembunyikan rasa kesedihannya.
Forum yang bertemakan Kepimpinan Islam di Alaf Baru telah disampaikan dengan jelas dan berkesan sekali oleh penceramah yang terdiri daripada bekas ahli panel Forum Perdana – Hal Ehwal Islam yang terdiri daripada Dato' Dr Hassan Ali, Prof. Madya Dr. Badrul Amin dan Ustaz Abd. Ghani bin Abd Rahman.
Majlis diserikan dengan kelancaran pengerusinya seorang yang masih muda dan dinamis iaitu saudara Zaharuddin bin Abdul Rahman dari GAMIS. Sambutan penduduk Islam dalam majlis sebegini seringkali mengatasi jumlah kehadiran pengunjung di tempat lain. Perkara ini menyaksikan UMNO sebagai parti yang jatuh tersungkur kerana sambutan majlis yang mereka kendalikan tidak mendapat sambutan dan sudah pasti dalam majlis sebegini UMNO menghantar pasukan pengintipnya yang terdiri daripada Abu Jahal dan Abu Lahab.
Umat Islam khususnya ahli UMNO diseru bersama-sama melakukan perubahan bersama-sama Kerajaan Alternatif untuk kebaikan bersama negara. Namun ahli PAS juga perlu diingatkan jangan terlalu ghairah dengan sambutan yang ada, sebaliknya meneruskan kerja keras untuk mencapai kejayaan terutama dalam pilihanraya mendatang.~MR