Rakyat Sedih Pemimpin Bercakaran!

 

21 Julai, 1999 - Sebilangan rakyat menyatakan rasa kesal dan sedih apabila pemimpin bercakaran dan cabar mencabar. Kerana kehilangan modal berpolitik, mereka sanggup merendahkan maruah mereka dengan cabar mencabar meskipun yang dicabar itu bergelar ulama.

 

PM Mahathir beberapa hari lalu mencabar ulama dan Tuan Guru Nik Aziz bahawa sanggupkah tuan guru selaku MB Kelantan itu melepaskan jawatan, sekiranya gagal membuktikan bahawa di dalam Al-Quran terdapat ayat yang membenarkan perkataan mencarot.

 

Sambil rakyat keliru dengan tafsiran ayat mencarot ala Mahathir, mereka sebaliknya mahukan penjelasan adakah PM Mahathir sedar bahawa beliau sendiri telah memulakan sessi mencarot dalam arena politik negara ini, apabila memulakan perkataan 'liwat' dan 'main bontot' ke atas DSAI.

 

Sambil menyeru kepada pemimpin yang seringkali menggunakan media untuk kepentingan politik mereka supaya kembali bertaubat, dan menginsafi kelemahan diri masing-masing, pengembalian mereka adalah penting agar bala Allah dapat dihindari.~MR