Ustaz Hadi Perjelas Kekeliruan

21 Julai, 1999 – Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 15,000 orang malam tadi, Ustaz Hj. Hadi b. Awang, Timbalan Presiden PAS menjelaskan kekeliruan berhubung dengan penyingkiran Ustaz Latif dan beberapa AJK PAS Besut.

Sambil menyifatkan bahawa Ustaz Latif terlalu ‘ekstrim’ dalam isu kerjasama dengan golongan bukan Islam dan beliau juga terlibat dalam isu kafir mengkafir, maka kepimpinan PAS Pusat mengambil keputusan untuk memecat beliau demi memelihara ugama dan perjuangannya yang tulen.

Oleh itu umat Islam jangan terkeliru dengan dakyah yang diperbesarkan oleh media perdana, kata Ustaz Hj. Hadi lagi. Hj. Hadi berkata demikian di Kg. Tengah, Beruas semalam dalam majlis julung-julung kalinya dianjur oleh Penaja PAS Cawangan Kg. Tengah.

Sementara itu 5 buah cawangan PAS baru ditaja dan penyerahan borang keahlian cawangan masing-masing dibuat semalam. Berikutan dengan penubuhan cawangan baru PAS, UMNO Cawangan Kg. Tualang, Beruas, Perak dibubarkan dan kesemua AJKnya menyertai PAS.~MR