Pilihanraya Semasa Cuti Hari Raya Aidiladha?
21 Julai, 1999 – Maklumat diterima bahawa pilihanraya kali ke 10 berkemungkinan besar akan jatuh pada cuti hari raya Aidil Adha tahun depan. Kenyataan ini dibuat setelah meneliti beberpa fakta penting yang diperolehi dan ianya meyakinkan.
Maklumat memberitahu Minda Rakyat bahawa sebuah syarikat percetakan baju sedang mencetak baju berlogo Barisan nasional dengan nilai tempahan berjuta-juta ringgit. Tarikh penyiapan baju yang ditempah itu dijangka pada 15 Oktober, 1999, sebelum diedarkan ke seluruh bahagian UMNO.
Pposter-poster pilihanraya juga masih dalam peringkat percetakan. Dari maklumat yang telah didapati, proses percetakan ini akan mengambil masa sehingga penghujung bulan September. Kontrak percetakan ini telah membabitkan kos bernilai hampir RM2 juta.
Selain dari itu pada amalan kebiasaanya PM Mahathir akan menggunakan kesempatan sambutan tahun 2000 pada 31 Disember nanti untuk melakukan 'backstab' kepada kempen pilihanraya pembangkang. Amat dimaklumi bahawa PM Mahathir amat menyukai akan ke'glamour'an. Maka adalah dipercayai beliau akan melakukan sedemikian.
Maklumat seterusnya mendapati pada musim hari raya haji ramai antara penyokong PAS akan mengerjakan haji pada waktu tersebut. LUTH akan berperanan meluluskan pemergian kelompok ini untuk membantu mengurangkan bilangan penyokong PAS di tanah air pada waktu ini.~MR