Mahathir Tak Layak Paksa Rakyat!!
22 Julai, 1999 - Dalam ucapannya semasa merasmikan kursus Pergerakan Wanita UMNO semalam, PM Mahathir mengatakan bahawa Malaysia sedang menuju negara maju dan kemajuan yang dialami kini belumlah sepenuhnya. Justeru itu beliau menyatakan bahawa kerajaan BN mesti kembali berkuasa untuk memastikan bahawa senario pembangunan dapat diteruskan.
Ucapan Mahathir disiarkan melalui media perdana dan pengampu terbaik yang layak dianugerah 'Pengampu dan Pembohong' bagi anugerah media terbaik, iaitu TV3. Namun PM Mahathir lupa bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana suara rakyat adalah penentu dalam memilih kerajaan selepas sebuah pilihanraya umum.
Jika rakyat sudah tidak memilih UMNO dan Kerajaan BN pada pilihanraya kali ini, apa Mahathir masih mahu memaksa rakyat? Apakah Mahathir akan gunakan cara yang kotor untuk terus berkuasa? Minda Rakyat menyifatkan ucapan Mahathir itu sebagai tidak demokratik langsung, kerana Mahathir masih angkuh dengan menyangka bahawa Malaysia adalah haknya dan rakyat masih menyanjungi beliau. Padahal ramai di kalangan ahli UMNO sendiri adalah talam dua muka dan berpura-pura kepada PM Mahathir~MR