Mahkamah Rakyat Akan Tentukan Nasib
Mahathir
22 Julai, 1999 - Kezaliman yang berleluasa dalam kerajaan BN hari ini menyebabkan rakyat berpaling tadah dan menyokong Kerajaan Barisan Alternatif. Walau diprovok dengan begitu hebat namun kesatuan yang wujud dalam Barisan Alternatif tidak menghiraukan segala perkara yang remeh temeh itu.
Di kalangan pemerhati politik berpendapat, bahawa setelah disogok satu demi satu, namun kesatuan Barisan Alternatif masih kukuh sehingga hari ini. Provokasi itu akan menjadi semakin hebat, namun kesatuan Barisan Alternatif pula semakin mantap.
Mahathir yang suatu masa dahulu dikagumi idea dan pandangan jauhnya, kini akan jatuh tersungkur di Mahkamah Rakyat. Demikianlah catatan sejarah yang akan tercatat di akhir pemerintahan seorang diktator, setelah memeras harta rakyat masuk ke kantung kroni dan anak-anaknya sendiri.
Apabila Mahathir telah ditewaskan dalam pilihanraya umum nanti, rakyat akan sekali lagi bangun minta Kerajaan Alternatif menangkapnya serta menghukum Mahathir seadil-adilnya.~MR