Pinjaman Penuntut Masih Belum Dibayar

22 Julai, 1999 – Seramai kira-kira 300 orang penuntut di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah masih belum menerima wang pinjaman pendidikan masing-masing. Mereka kini sudah berada di tahun kedua, namun masih belum dibayar apa-apa pinjaman pendidikan yang dijanjikan meskipun kelulusan dan tawaran pinaman sudah dibuat terdahulu.

Adalah dipercayai kumpulan pelajar yang terbabit dikatakan terlibat dengan Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS), menurut satu sumber. Bagaimana pun dakwaan PM Mahathir yang mengatakan punca pelajar Melayu dikatakan tidak cemerlang meskipun dibayar ‘biasiswa’ adalah keterangan yang berbohong.

Oleh kerana kehidupan yang dhaif dilalui oleh para pelajar terutamanya yang semata bergantung kepada pinjaman pendidikan, maka kemerosotan prestasi tidak dapat dielakkan kerana ada pelajar yang terbabit terpaksa mencari nafkah di luar bagi membiayai kehidupan.

Inilah antara kezaliman yang berlaku dalam pemerintahan Kerajaan BN yang perlu ditolak oleh rakyat.~MR