Mahligai Air Mata Rakyat Jadi Isu

22 Julai, 1999 – Semasa berucap di Kg. Relong, Kamunting, Taiping malam tadi, Dr. Hatta Ramli menyatakan apabila kerajaan Barisan Alternatif memerintah selepas pilihanraya umum ke 10 nanti, antara agenda utama kerajaan baru tersebut ialah melelong Mahligai Air Mata Rakyat (Mahligai Mahathir).

Namun jika tiada pihak yang berminat, pilihan yang terbaik ialah menjadikannya sebuah Hospital Universiti. Pandangan ini menurut Dr. Hatta, diberikan oleh para cendikiawan dan intelek masa kini.

Mahligai Air Mata Rakyat jelas menjadi isu utama Kerajaan Alternatif, memandangkan ia dibina semata-mata untuk kediaman PM Mahathir dan rakyat terpaksa berkorban demi pembinaan mahligai tersebut hingga peruntukan-peruntukan tertentu terpaksa dicatu bagi menjayakan projek mega tersebut.~MR