MAHATHIR TERUSKAN AMALAN DIKTATOR DALAM UMNO

22 Julai, 1999 – Saranan Mahathir supaya parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menerima apa sahaja yang dicalonkan dalam pilihanraya akan datang membuktikan bahawa beliau adalah seorang diktator yang tamak kuasa.

Amalan demokrasi hanya laungan Mahathir tetapi dari segi perlaksanaannya beliau tidak pernah mematuhinya, komen seorang pemerhati politik tempatan. Mahathir berkata demikian ketika melancarkan Khemah Bina Semangat Wanita UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

Parti-parti komponen BN disaran supaya menerima sahaja calon yang akan diatur sendiri oleh PM Mahathir, yang sudah semestinya mereka yang dilantik adalah kroni-kroninya berwibawa.

Kezaliman Mahathir bukan sekadar ke atas rakyat negara ini, tetapi ahli UMNO sendiri serta ahli parti komponen BN. Ini jelas menunjukkan bahawa Mahathir bukan ikhlas untuk memperjuangkan orang-orang Melayu sebagaimana maksud "M" dalam United Malay National Organisation. Apa yang jelas "M" tersebut hanya membawa faedah dan keuntungan untuk Mahathir secara peribadi.~MR