JAIP Membisu Dalam Isu Pesta MBI/UMNO

22 Julai, 1999 – Jabatan Agama Islam Perak membisu walaupun mengetahui Pesta Hiburan yang berlangung selama 2 hari 2 malam di Taman Reakrasi, Pengkalan baru-baru ini. Ini jelas menunjukkan bahawa JAIP bersekongkol dengan kezaliman kerana membiarkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh dan UMNO Bahagian Pasir Pinji mengadakan Pesta Hiburan di sebelah Tanah Perkuburan Islam, Pengkalan.

Minda Rakyat menerima maklumat berhubung dengan bantahan penduduk berugama Islam di sekitar kawasan tersebut kerana jelas pesta itu menghina kredebiliti dan maruah Islam. Lebih menyedihkan ialah Datuk Bandar iaitu Dato’ Talaat seorang berugama Islam dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Pinji Dato’ Yahya Shafie juga demikian.

Minggu lalu, MBI dengan kerjasama Dato’ Yahya Shafie menganjurkan pesta hiburan selama 2 hari di Tapak Reakreasi, Pengkalan di mana tapak tersebut hanya bersebelahan dengan tanah perkuburan Islam Desa Aman.~MR