UMNO Tidak Berniat Tubuh Negara Islam
23 Julai, 1999 – Walaupun mengaku bahawa negara ini sebagai negara Islam, namun perlaksanaan Undang-undang Islam dan Hukum Hudud yang dihalang oleh Kerajaan BN sendiri membayangkan bahawa UMNO sebenarnya tidak berniat untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam.
Sehubungan dengan itu tanggungjawab umat Islam masih belum terlaksana sebagai satu kewajipan di sisi Allah, selagi Malaysia belum melaksanakan Undang-undang Islam dan menerima pakai hukum Hudud. Maka seluruh umat Islam menanggung dosanya.
Pilihanraya adalah masa yang ditunggu-tunggu supaya rakyat boleh memilih Kerajaan baru yang benar-benar ikhlas mahu melaksanakan kewajipan itu. Rakyat diseru supaya jangan berasa takut untuk tinggal di bawah pemerintahan Islam yang keadilannya dijamin oleh Allah. Kini orang Islam juga sudah menerima hakikat bahawa pemerintahan Islam memiliki ciri-ciri keadilan yang mereka mahukan.
Saranan ini dibuat oleh Mejar (B) Haji Yahya Ariff Kamaruddin, AJK Perhubungan PAS Perak dalam siri ceramahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, semalam.~MR