Siri Ceramah PAS Perak Terima Gangguan

23 Julai, 1999 – Samada benar atau tidak, bahawa maklumat diterima mengatakan beberapa siri ceramah PAS yang dijalankan di Lembah Kinta beberapa minggu lalu, menerima gangguan dan ancaman pihak tertentu.

Umpamanya kehadiran penceramah yang sering disabotaj hingga menyaksikan beberapa siri ceramah PAS yang sepatutnya dihadir oleh penceramah undangan, akhirnya tidak dapat hadir.

Kekerapan berlaku ketidakhadiran ini ialah apabila seseorang penceramah itu mampu menarik pengunjung yang ramai. Umpamanya minggu lalu Zulkifli Nordin, peguam DSAI yang dijadualkan memberikan ceramahnya di Kg. Pasir Puteh Tambahan, Ipoh, tidak hadir dan majlis ceramah tersebut dibatalkan.

Semalam, Ustaz Nor Azli Musa yang dijadualkan hadir dalam sessi ceramah politik di Taman Meru 2C juga dimaklumkan tidak hadir. Minda Rakyat menyifatkan kejadian itu sebagai ‘sabotaj’ pihak tertentu yang tidak senang dengan perkembangan rakyat mengunjungi ceramah PAS akhir-akhir ini.~MR