Analisa: Mahathir Sedarkah Permainan Ku Li?

Maklumat yang meyakinkan bahawa di kalangan ahli UMNO sendiri tidak menyenangi pimpinan PM Mahathir. Justeru itu Ku Li waktu belum dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, telah merancangkan komplot untuk menumbangkan diktator tua dan nyayuk itu!

Pengakuan ini dibuat oleh seorang AJK Cawangan UMNO dalam Parlimen Larut yang mengakui sudah dihubungi oleh ‘orang kuat’ Ku Li menyatakan pendirian masing-masing samada mahu menyokong kepimpinan Ku Li atau Mahathir.

Nyata bahawa sokongan terhadap PM Mahathir di kalangan ahli UMNO sendiri sudah merudum. Banyak yang disaksikan hanya bersifat talam dua muka.

Namun Mahathir bukan calang-calang ahli politik. Menyedari bahawa ancaman seakan kuat dari Ku Li, maka beliau melantik Ku Li sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Mereka sama-sama berpura-pura memohon maaf antara satu sama lain di hadapan Sultan Kelantan dan rakyat Kelantan. Kononnya perselisihan antara sesama sudah berlalu.

Namun kepada Ku Li sebenarnya dapatkah beliau memaafkan Mahathir? Dan kepada Mahathir dapatkah beliau memaafkan Ku Li. Skandal antara keduanya cukup besar dan mampu memalitkan sokongan ahli antara keduanya.

Berasaskan usia, Ku Li mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam UMNO berbanding Mahathir. Sementelah sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO, undangan Mahathir supaya beliau menerajui UMNO Kelantan disambut baik oleh Ku Li. Kini Ku Li akan menyaksikan perlawanan 'sengit' dalam gelanggang.

Ku Li akan menjadikan asas pilihanraya sebagai syarat beliau meletakkan calon di Kelantan nanti, supaya ‘kununnya’ PAS boleh ditewaskan. Walau pun di negeri-negeri lain sudah pasti calon tersebut adalah aturan Mahathir, yang sudah pasti meletakkan calon yang akan memihak kepada beliau dalam pertandingan jawatan presiden UMNO sedikit masa lagi.

Biar apa pun analisanya, Ku Li tidak akan melupakan Mahathir sebagai mangsanya. Jawatan idamannya itu seperti satu ‘idola’ yang menjadi igauannya siang dan malam. Paling pahit Ku Li mesti terima hakikat bahawa pengurangan kuasa raja dan sultan yang menjadi krisis antara Mahathir dengan Sultan Kelantan, sedikit sebanyak menjejaskan beliau.

Akhirnya kita berharap Mahathir kali ini menjadi mangsa Ku Li atau sebaliknya?

Polong Cyber