Analisa: Mahathir Sedarkah Permainan Ku Li? (Siri 2)
Dalam siri pertama saya telah menyentuh bagaimana maklumat yang meyakinkan bahawa di kalangan ahli UMNO sendiri tidak menyenangi pimpinan PM Mahathir. Justeru itu kemungkinan-kemungkinan merancang dan melaksana komplot untuk menumbangkan Mahathir akan menjadi kenyataan!
Hakikat yang sewajarnya diterima oleh Mahathir ialah bahawa segala perbuatannya selama memegang jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO, jelas mengkayakan sebilangan manusia yang berada di sekelilingnya sahaja. Dalam mencapai hasratnya itu Mahathir laksanakan terlebih dahulu beberapa proses dan perubahan.
Mahathir 'melantik' dirinya sebagai PM selepas memaksa Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan dalam tahun 1981. Ini sebenarnya satu rampasan kuasa, secara halus dan ramai tidak menyedarinya ketika itu.
Dalam tahun 1983 Mahathir melaksanakan Pindaan Perlembagaan. Antaranya yang terpenting ialah apabila satu undang-undang disyorkan untuk digubal atau dipinda dan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong, maka jika tiada apa-apa jawapan atau persetujuan yang diterima dalam tempoh 30 hari maka undang-undang tersebut dianggap sah dan boleh dilaksanakan.
Kepada baginda sultan yang tidak begitu mendalam ilmu perundangan, baginda mungkin kurang arif berhubung dengan 'penarikan kuasa' mereka. Namun sebaliknya di sisi baginda Sultan Kelantan dan Sultan Johor, pindaan ini jelas mahu meragut sistem pemerintahan beraja yang perlu dipertahankan. Kerana begitu ketara penentangan baginda berdua dalam isu ini.
Manakala baginda Sultan Perak lebih arif dengan sistem perundangan negara, kerana baginda merupakan lulusan luar negeri dalam jurusan undang-undang dan pengalaman baginda dalam bidang kehakiman amat luas. Tetapi baginda lebih kepada paradigma dan memandang jauh dalam sesuatu perkara.
Mahathir memang ganas dan licik. Selepas 3 tahun berkuasa, beliau memberikan ruang kepada Tengku Razaliegh supaya terlibat dalam satu skandal yang melibatkan kerugian wang RM1.5 bilion. Ekoran dari siasatan yang hendak dijalankan, Ku Li bertindak pantas dan negara bukan sahaja kehilangan wang ringgit, malahan satu nyawa turut dikorbankan iaitu Jalil Ibrahim, seorang pegawai audit (jika tak silap) yang diarahkan menyiasat skandal BMF. Kemudian beliau telah dijumpai mati dibunuh di Hong Kong akibat gara-gara mahu menutup skandal yang terbesar ciptaan Mahathir dalam usahanya mahu membunuh kerjaya Ku Li.
Dalam tahun 1985, gara-gara rakyat sudah mulai memberi kepercayaan kepada PAS maka Mahathir cipta satu lagi sejarah, apabila mengirim satu pasukan polis menyerang Kampong Memali di mana Ustaz Ibrahim dikatakan menyelewengkan akidah orang ramai di atas nama parti pembangkang. Kali ini Musa Hitam pula jadi sasaran Mahathir. Sebagai pemangku Menteri Dalam Negeri ketika, Datuk Musa Hitam diarah untuk memusnahkan kumpulan Ustaz Ibrahim dan pengikut-pengikutnya.
Sebagai insan biasa yang cekap berfikir, Ku Li cuba mencari formula bagaimana mahu menewaskan Mahathir ketika itu. Pelbagai sudut dikaji dan didalami untuk memusnahkan Mahathir. Ilham mengharamkan UMNO datang setelah menerima bantuan pelbagai pihak dan akhirnya pada tahun 1987 UMNO diharamkan. Pada ketika itu barulah Mahathir sedar bahawa beliau diambang ancaman yang lahir dari pengikut UMNO sendiri.
Tertubuhnya parti Semangat 46 adalah satu bukti bahawa ketelitian perancangan Ku Li ketika itu dengan membawa beberapa orang peguam seperti Marina Yusof dan Rais Yatim (yang juga memgang portfolio menteri penuh). S46 menerima sokongan jitu ahli UMNO veteran dan baru hingga akhirnya permusuhan Ku Li - Mahathir dianggap sebagai 'musuh tradisi' di kalangan ahli UMNO. (bersambung)
Polong Cyber