UMNO Bina Kekuatan Palsu

26 Julai, 1999 - UMNO Tanjung Malim kini mulai membina kekuatan palsu mereka di semua ceruk dan kampung dalam daerah ini. Papan-papan tanda UMNO diperbaharui, sebagaimana yang dilakukan didaerah lain sekitar negeri ini.

Papan tanda yang berlatar belakangkan warna hijau tersebut dikatakan bernilai RM 300 setiap satu dan cuba mengelirukan rakyat kerana warna tersebut adalah lambang PAS. Sesungguhnya UMNO Tanjung Malim cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka masih lagi mendapat sokongan ramai. Papan tanda baru tersebut dipacakkan disemua kampung,walaupun kampung tersebut sebenarnya tidak mempunyai cawangan UMNO. Perbuatan UMNO Tanjung Malim ini sungguh memalukan.~MR