Murid Sekolah Dipaksa Berkorban!!
26 Julai 1999 – Acara sambutan kedatangan Maha Firaun ke negeri Perak pada 2 dan 3 Ogos nanti, bukan sahaja melibatkan kakitangan kerajaan dan pelbagai agensi kerajaan yang lain. Malahan puluhan ribu murid sekolah sessi petang yang menaiki bas dikehendaki pulang lebih awal, iaitu sekitar jam 4.00 petang.
Ini adalah gara-gara UMNO mahu menggunakan ratusan buah bas sekolah untuk mengangkut ‘pengampu’ dan ‘pembodek’ Maha Firaun dari seluruh negeri ini hadir dalam majlis bersama Diktator Tua dan Nyanyuk di Stadium Perak, Ipoh pada sebelah malamnya.
Anihnya dalam keadaan kegawatan sekarang, siapakah yang sanggup menaja dan membiayai pengangkutan dan melibatkan wang ratusan ribu jumlahnya?~MR