Mahathir Restui Penyelewengan!

26 Julai, 1999 – Kedatangan Maha Firaun ke negeri Perak membuktikan bahawa beliau merestui aktiviti rampasan harta rakyat dan anak negeri ini apabila beliau dijangkakan akan membina batu asas perumahan kos rendah di Bercham.

Kumpulan Emkay di beri konsesi membina dan menyiapkan rumah kos rendah di Taman Bercham Jaya, Taman Bercham Raya dan Taman Hulu Kinta. Pemberian ini adalah ikhsan oleh Ramli Marcos, setelah kegagalan Bandar Tasik Bukit Merah yang gagal menerima sambutan rakyat.

Sebagai orang kuat kepada kedua-dua Ramli Marcos dan Maha Firaun, Datuk Mustapha Kamal (MK) sudah semestinya berbangga kerana sumbangannya selama ini membuahkan hasil, yakni kerana budi, tergadai negeri!~MR