Analisa: Mahathir Sedarkah Permainan Ku Li? (Siri 3)

Mahathir berbangga dengan pertentangan Ku Li kerana waktu beliau menjadi PM ketika itu perancangan beliau selama lebih 6 atau 7 tahun sudah memboleh beliau mendiktatorkan dirinya. Pada ketika itu juga sudah ramai menteri lain yang 'diikat' sebagaimana Ku Li dan Musa Hitam.

Walaupun penentangan Ku Li memberikan sedikit 'gementar' kepada Mahathir, namun Mahathir ketika itu sudah bersedia menghadapi 'perpecahan orang Melayu' dalam sebuah parti yang 'kununnya' didakwa sebagai parti Melayu terbesar. Ketika itulah kita melihat Pak Lah 'B', Najib, Musa Hitam, Rais Yatim dan ramai lagi yang berpaling tadah, lalu menggelarkan diri mereka anggota S46, yang kununnya lebih UMNO, dari UMNO yang lahir dari pengharaman UMNO.

Bagi mengalihkan penentangan orang UMNO terhadap UMNO, Mahathir melaksanakan 'Operasi Lalang' yang merupakan operasi 'sapu bersih' terhadap mereka yang begitu aktif menyertai parti pembangkang, atau sebarang gerakan anti kerajaan UMNO. Ini berlaku dalam tahun 1987. Antara mereka yang ditahan jika tidak silap saya (saya tidak memiliki rekod itu) berdasarkan pengingatan sejarah ialah beberapa orang pemimpin utama PAS seperti Hj. Hadi Awang dan Ustaz Fadhil Noor.

Namun dalam melayani kerenah ahli UMNO sendiri dan pengharaman UMNO, Mahathir sudah tentu akan mencari 'mastermind' dan dalang yang membantu melaksanakan kejayaan pengharaman itu. Orang yang menjadi mangsa kegeraman Mahathir ketika itu ialah Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara. Beliau tokoh undang-undang yang sangat dihormati dan disegani.

Mahathir berpandangan, jika tanpa kerjasama beberapa orang peguam dan Tun Salleh Abas, maka UMNO tidak mungkin diharamkan dan hartanya tidak mungkin disita. Orang Melayu mana tahu bahawa selama ini UMNO parti yang tidak relevan lagi ketika itu. Hanya kerana beberapa orang cerdik pandai ini sahajalah maka UMNO berjaya diharamkan. Ini berlaku sepenuhnya dalam tahun 1989.

Pindaan perlembagaan kali kedua berlaku lagi dalam tahun 1991 dan 1992. Pindaan ini seterusnya mengecilkan kuasa raja dan melenyapkan insitusi kesultanan yang kini hanya menjadi ketua ugama di negeri masing-masing. Mahathir tak mahu jawatan ini, kerana Mahathir tak suka kepada ugama.

Sepanjang 1993 hingga 1997, umumnya negara tidak mengalami pergolakan yang mendadak. Namun penonjolan DSAI yang dikatakan akan mencabar jawatan Presiden UMNO, menyebabkan Mahathir melaksanakan pindaan perlembagaan UMNO. Undi bonus dan jawatan presiden yang tidak ditandingi, adalah antara agenda Mahathir mahu terus berkuasa dan beliau sudah ada ikatan ditangannya tentang segala macam salahlaku dan penyelewengan menteri-menteri kabinetnya.

Di manakah Ku Li ketika itu? S46 hanya dibubarkan pada tahun 1996. Ketika itu kerjaya Ku Li hampir dibunuh Mahathir, gara-gara Ku Li tidak berjaya menarik simpati lebih ramai orang Melayu. Sebelum pembubaran itu, pada pilihanraya sebelumnya, Mahathir telah merejam Ku Li dengan secukupnya. Media memberikan laluan mudah kepada Mahathir untuk menghentam Ku Li. Hinggakan bagaimana dalam akhbar boleh menyiarkan lambang salib yang dipakai di'tengkolok' orang Kadazan Ku Li ketika berkempen di Sabah.

Akhirnya Ku Li terfikir untuk menewaskan musuh tradisinya itu secara dari luar parti, amatlah sukar. Jika tidak bagaimana DSAI juga boleh menyertai UMNO dan berjuang menegakkan Islam dari dalam UMNO sendiri.

Pembubaran parti S46 memberikan nafas baru kepada Ku Li. Walau pun tidak tergesa-gesa untuk menyertai UMNO semula, Ku Li sentiasa mencari ruang agar permusuhannya dengan Mahathir tidak diisukan dan pengembaliannya ke dalam UMNO tidak disangkakan muslihat!(bersambung)

Polong Cyber