SB Yang Mengintip Sama Macam …!!

27 Julai, 1999 – Dalam kuliah agamanya minggu lalu, Ustaz Mohd Ridwan ada menyentuh tentang perihal orang munafik atau yang berpura-pura Islam tetapi sebaliknya melakukan kekufuran terhadap agama Allah. Kejadian ini pernah berlaku di zaman RasululLah lagi, apabila sejarah menyaksikan Abdullah bin Ubai bin Salul yang sanggup bersujud tepi di kaki Rasulullah.

Dalam konteks hari ini, perangai seperti Abdullah bin Ubai bin Salul dicontohi pula oleh para SB. Mereka datang dan hadir pada kuliah ugama dan ceramah agama bukan ikhlas kerana Allah, untuk mendalami dan menghayati ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Sebaliknya kedatangan mereka hanya untuk mengintip dan membuat laporan kalau-kalau ada di antara ucapan oleh tokoh ugama yang memperkatakan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan. Inilah kerja SB yang sama macam Abdullah bin Ubai, kata Ustaz Mohd Ridwan.

Ustaz Mohd Ridwan menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Sultan Idris Shah (II) Ipoh, sebagai agenda institusi masjid dalam menyampaikan sirah Rasulullah kepada umat Islam negeri Perak.~MR