Imam dan Khatib Diberi Amaran!!
27 Julai, 1999 – Dalam menangani isu krisis sokongan dan moral UMNO di kaca mata umat Islam negara ini, para imam, khatib dan tokoh ugama negeri ini menjadi fokus utama, kerana menyampaikan kebenaran, hingga berjaya membuktikan kezaliman yang berlaku dalam kerajaan BN hari ini.
Dalam perjumpaannya dengan para imam dan bilal seluruh negeri Perak baru-baru ini, macam biasalah Ramli Marcos mendesak para imam dan bilal supaya jangan lemak ‘menghentam’ kerajaan. Para imam dan bilal juga diugut bahawa mereka akan dikenakan tindakan yang sewajarnya termasuk dipecat dan dibatalkan pencen mereka dan lain-lain ancaman dan ugutan yang tidak munasabah.
Demikianlah UMNO mahu membendung pengaruhnya yang kian merosot. Kezaliman yang berleluasa dalam kerajaan BN harus ditolak rakyat dengan tidak lagi memilih BN dalam pilihanraya umum akan datang.~MR