3 Hari Bukti Hishamuddin Dayus!!

 

28 Julai, 1999 - Tiga hari lagi peluang bagi Hishamuddin Hussein bagi membuktikan dirinya 'anak jantan UMNO' atau hanya layak dianggap dayus dan berani di sebalik tabir media, dalam menyahut cabaran Ketua Pemuda PAS Pusat Hj. Mahfuz Omar.

 

Ketua Pemuda PAS itui dalam suratnya yang lalu kepada pemangku Ketua Pemuda UMNO itu, memberikan tarikh akhir pada 31 Julai ini untuk Hishamuddin menerima cabarannya bagi mengadakan debat atau apa jua tajuk dan di mana sahaja, asal diadakan siaran secara langsung ke seluruh negara bagi menyelesaikan apa jua yang menjadi isu di kalangan rakyat, sebagaimana dakwaan UMNO.

 

Jika benarlah Hishamuddin anak jantan UMNO, beliau bukan hanya berani berkokok hanya dihujung microphone dan di layar media, tetapi mesti sedia berdebat di hujung permasalahan dan di pentas rakyat. Minda Rakyat mencabar Hishamuddin, jika benarlah anda pejuang sejati, sahutlah cabaran itu!!~MR