UMNO Bayar RM30!!

28 Julai, 1999 – Wanita UMNO Negeri Perak sedang giat menjalankan usaha bagi mengumpul kehadiran wanita sebagai memeriahkan kehadiran acara sambutan PM Mahathir di Stadium Perak, Ipoh pada malam jam 8 malam, 2 Ogos nanti.

Seperti biasa mereka ditawarkan pengangkutan percuma dan wang saguhati RM30. Golongan sasar mereka ialah suri rumah dan wanita yang tidak bekerja. Walau bagaimana pun Minda Rakyat dimaklumkan bahawa ramai di antara suri rumah yang menolak tawaran ini dengan pelbagai alasan.~MR