Siapakah Sebenarnya Musuh Negara?

 

29 Julai, 1999 - Pemimpin kerajaan BN hari ini terlalu angkuh menunding jari ke arah pemimpin alternatif sambil menyifatkan mereka (Parti Alternatif) sebagai pemecah perpaduan, perosak keamanan serta segala yang buruk dilemparkan kepada alternatif terutamanya PAS. Dengan yang demikian  PAS disifatkan sebagai musuh rakyat dan negara.

 

Disebalik kata-kata pemimpin UMNO yang penuh kepalsuan itu, rakyat diajak berfikir sebenarnya siapakah 'musuh negara'? Adakah musuh negara dan rakyat, orang yang mengajak kepada Islam dan melaksanakan tuntutan Allah? Adakah musuh negara, jika PAS mahu mengembalikan martabat ugama Islam setelah dicemari selama 42 tahun UMNO berkuasa? Jadi siapakah sebenarnya musuh negara?

 

Musuh negara ialah mereka yang menjual negara dan rakyat melalui berbagai cara dan dasar yang dikenali sebagai pengkorporatan, penswastaan, penjualan bon kepada negara asing, berhutang dengan tidak mengenal kemampuan dalam projek yang membazir dan bukan untuk kepentingan rakyat dan lain-lain sebagaimana yang kebanyakkannya dilakukan oleh pemimpin UMNO yang berkuasa hari ini. Merekalah musuh negara, kata Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ishak Ismail.

 

Saudara Ishak juga menegaskan bahawa segala jentera kerajaan dan media yang dipergunakan oleh UMNO dan kerajaan BN menghentam parti alternatif, terutamanya di saat menjelang pilihanraya, membuktikan bahawa mereka telah menyeleweng hak rakyat untuk kepentingan sendiri. Merekalah sebenarnya musuh negara!~MR