Ramai Enggan Hadir Meskipun Dipaksa!!
29 Julai, 1999 - Ramai di antara kakitangan kerajaan negeri ini merungut apabila dipaksa hadir pada jam 8 malam 2 Ogos nanti, sebagai menyambut kedatangan PM Mahathir di Stadium Perak, Ipoh. Sebagaimana amalan biasa, kakitangan kerajaan seringkali menjadi mangsa pihak tertentu yang memaksa mereka menghadirkan diri 'secara paksaan' di mana ugutan tindakan tatatertib akan diambil kepada yang engkar.
Sebagai negeri di negara yang berdaulat, kerajaan negeri Perak tidak seharusnya mengamalkan dasar kuku besi yang membodek kalangan pemimpin politik tertentu, hingga mendatangkan kesusahan kepada rakyat jelata. Ketaatan dan kesetiaan kakitangan Kerajaan negeri ini, kepada Yang Di Pertuan Agong tidak seharusnya dipertikaikan kerana perkara itu sentiasa tersemat di hati mereka.~MR