Tarikh Pilihanraya Yang Telah Dibocorkan

 

29 Julai, 1999 - Dalam perjumpaannya dengan eksekutif Syarikat Telekom Malaysia Berhad, di Komplek Telekom Wilayah Utara, Taiping semalam, Presiden Gerakan Datuk Lim Khing Yiek secara tidak sengaja telah memberitahu para hadirin dalam mesyuarat tertutup itu bahawa tarikh pilihanraya umum negara ke 10 jatuh pada 17 dan 18 September depan.

 

Menyedari bahawa kenyataannya itu telah mendatangkan reaksi eksekutif-eksekutif yang hadir, Datuk Lim menarik balik dengan maaf bahawa kenyataan itu berupa satu kesalahan yang tidak patut beliau umumkan di majlis tersebut. Menteri Perusahaan Utama itu dalam satu taklimat kepada para eksekutif STMB di Wilayah Utara.

 

Maklumat ini disahkan oleh seorang eksekutif yang hadir dalam perjumpaan ini.~MR