Hishamuddin Diseru Letak Jawatan!

 

1 Ogos, 1999 - Pintu kemenangan tertutup rapat buat UMNO, apabila Pergerakan Pemudanya di bawah pimpinan Hishamuddin Hussein gagal menyahut cabaran perdebatan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hj. Mahfuz Omar, sekali pun segala syarat diserahkan kepada urusan Pemuda UMNO kecuali kehendak PAS supaya perdebatan ini disiarkan secara langsung melalui media perdana tempatan.

 

Kegagalan Hishamuddin tersebut membuktikan bahawa Pemuda UMNO tidak mempunyai barisan kepimpinan yang berani berhadapan dengan cabaran, apalagi untuk meneruskan proses pembangunan negara dari segi fizikal dan kerohanian. Ini adalah juga kepada rakyat sebagai bukti bahawa UMNO adalah parti yang tidak relevan lagi, dan rakyat Malaysia hendaklah menolah UMNO dan BN kerana jika mereka memerintah, nescaya negara akan terus lingkup dan bangkerap.

 

Minda Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Hj. Mahfuz Omar kerana berani dalam perjuangan ini dengan meneruskan jihad dan kepimpinan yang boleh diteladani oleh rakyat Malaysia.

 

TAKBIR!!!!