UMNO Selewengkan Ugama Untuk Kepentingan Politik

2 Ogos, 1999 - Menerusi akhbar Berita Minggu keluaran 1 Ogos, 1999 satu ruangan yang menyiarkan tulisan oleh Burhanuddin Abdul Jalal, dari Kor Agama Angkatan Tentera, samada disengajakan atau tidak telah menyelewengkan hadis bagi kepentingan dan pengukuhan sokongan dan pengampuan terhadap kerajaan BN yang zalim.

Minda Rakyat berasa sangat kesal di atas penyelewengan ini, yang mana maksud sebuah hadis:

"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu dengan dengan tangan hendaklah diubah dengan perkataan, kalau ia tidak mampu hendaklah mengubah dengan hati, dan dengan demikian itulah selemah-lemah iman"

Justeru itu Minda Rakyat mahu media perdana anjuran UMNO menghentikan segala bentuk penyelewengan dan tafsiran ayat suci Al-Quran dan hadis untuk kepentingan politik semata. Urusan bodek mebodek tiada ada dalam kamus Islam. Hanya yang menjadi tanggungjawab manusia muslim yang mengaku beriman ialah menegakkan kalimah suci Allah supaya menjadi kenyataan dalam apajua bentuk urusan di dunia ini.~MR