Ramai Tak Minat Jadi Petugas SPR
2 Ogos, 1999 - Pilihanraya umum negara ke 10 menyaksikan ramai di antara kakitangan kerajaan tidak berminat menyambut saranan menjadi petugas khas SPR sebagai Ketua Tempat Mengundi, Kerani Undi dan sebagainya. Perkara ini terjadi khusus di Lembah Kinta dan Minda Rakyat belum menerima reaksi di daerah lain.
Walau pun mereka adalah digalakkan supaya menjadi petugas SPR kerana akan dibayar elaun khas, namun sebaliknya sambutan daripada kakitangan kerajaan sendiri kurang memuaskan.~MR