Kerajaan Akan Laksanakan Kenaikan Cukai

2 Ogos, 1999 - Minda Rakyat menerima maklumat bahawa jika kerajaan BN terus memerintah selepas pilihanraya umum negara yang akan datang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenakan kenaikan cukai pintu melalui satu kaedah baru, yang dinamakan pungutan sisa pepejal.

Setiap warga bandaraya akan dikenakan bayaran RM50 sebulan, bagi setiap rumah di dalam kawasan PBT. Di Ipoh, perlaksanaan ini telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh dan adalah dipercayai kaedah ini akan dilaksanakan di seluruh negara. Sesungguhnya kebanyakan penghuni bandar adalah terdiri dari kakitangan kerajaan dan swasta peringkat bawahan, dan terlalu sedikit melibatkan penghuni yang berkemampuan.

Perlaksanaan ini dilihat sebagai penyambung kezaliman ke atas rakyat. Rakyat hendaklah bersedia menolak kerajaan BN jika mereka mengharapkan keadilan dan kesaksamaan ditegakkan, ulas seorang pemerhati politik.~MR